Iklan Berbayar

Selasa, 19 Januari 2016

catatan 20 tahun pengalaman seorang pelajar senja episod 1

salam,
para follower yang biasa baca blog aku ni mungkin perasan yang aku ni seorang pelajar, seseorang yang kembali memakai kad matrik dan mengambil jurusan peringkat sijil. kenapa aku menyambung pelajaran? banyak kisah dan pengalaman yang dilalui ketika bekerja dahulu betul2 membuka mata dan menyentap hati dan perasaan. nanti aku ceritakan perkara tu lepas ni.

kita sedia maklum, zaman muda2 dulu memang tak dinafikan ramai yang tenggelam dalam kehidupan seharian. tenggelan demgan cita-cita dan kehendak diri. akhirnya ramai antara kita terus hanyut. belajar ke mana, cita-cita ke mana. maka ke dunia pekerjaanlah kita terjun.

bukanlah satu kisah pendek, dan bukan juga satu kisah panjang 1001 malam. akan tetapi, kisah  2 dekad ini banyak mengajar aku pengalaman hidup. pengalaman yang amat bernilai dan takkan dapat dibeli di kedai.

aku mulakan dengan kisah, aku seorang kolej dropout!

selepas spm, aku bukanlah seorang yang mempunyai keputusan yang "warna berterbangan (flying colour?)"  dengan result sederhana aku ditawarkan ke kursus ijazah sarjana muda kejuruteraan elektrik elektronik perubatan. WOW... ramai yang bertanya.. apa tu? aku mendaftarkan diri di sebuah universiti kejuruteraan yang famous dengan panggilan "Universiti Tendang Menendang" kerana apa dipanggil sedemikian? if u are not good enough, anda akan ditunjukkan "pintu masuk universiti" untuk keluar! ini ayat aku, sebenarnya jika korang tak mencapai kelulusan minima 2.0 secara CGPA, selama 3 semesta berturut-turut, korang tidak diperlukan lagi dan anda diberhentikan!

dan itu apa yang terjadi... result terakhir menyebabkan aku terpaksa senyum, menahan lelehan air mata, mendail dengan berat hati memberitahu orang tua apa yang terjadi dan segalanya menjadi sejarah....

TETAPI aku tak berputus asa.. ianya menjadi satu cabaran dan aku simpan satu "dendam positif" dalam diri aku... "hari ni aku jatuh, aku gagal... TETAPI aku mahu bangkit semula!"

aku pun "terjun" ke dunia pekerjaan... dan aku bekerja di sebuah restoren "ayam goreng" yang popular. bermula dari seorang cook hinggalah aku boleh menjadi all rounder... dari pintu restoren hinggalah ke pintu belakang... cuma tak sempat nak upgrade jadi All Star je..

6 bulan bergelumang dengan dunia pekerjaan, aku ditawarkan untuk mengikuti pengajian secara separuh masa SPACE di universiti yang sama dalam jurusan diploma sains komputer. kenapa aku ambil diploma? sebab aku hanya MAMPU membayar yuran untuk itu... RM150 satu credit hanya memampukan aku mengambil 8 kredit untuk semester pertama. alhamdulillah... kali pertama aku membayar yuran sendiri. bekerja sambil belajar.. bukan mudah. kelas di waktu hujung minggu sedangkan aku dikehendaki bekerja pada hari tersebut. memang satu cabaran. perlahan-lahan, akhirnya keputusan mendapat keputusan sederhana. GPA 2.xx, aku puas hati. dapat juga menebus kehampaan aku...

masuk semester ke 2, aku hanya mampu membayar yuran pendaftaran. 1997, ekonomi jatuh teruk dan.. dan.. aku diuji sekali dan tertewas dengan ujian... aku tangguhkan pengajian dan aku juga terjatuh teruk dalam pekerjaan... sakitnya hanya tuhan sahaja yang tahu... hilang arah tuju, hilang fokus dan ianya telah membawa aku ke kota metropolitan... KL...

ketika ini bermulalah aku berada didalam dunia pekerjaan sebenar!

bersambung... ke episod 2.. panjang sangat kang penat pulak korang nak  baca...


Tiada ulasan: