Iklan Berbayar

Rabu, 27 Januari 2016

catatan 20 tahun pengalaman seorang pelajar senja episod 5

sambungan dari episod 4...

terhenti seketika kisah catatan seorang pelajar senja, pemergian ibu ketika program di KLIA benar-benar menghentikan mood aku nak menaip... buntu, terkejut, tersebak, dan kesibukan membantu adik beradik lain dalam menguruskan majlis tahlil membataskan jejari ni nak menaip....

sebelum aku teruskan menaip, Al-Fatihah buat arwah...

yang pergi akan pergi, yang tinggal teruskan kehidupan hingga tiba masanya untuk pergi... cukuplah titisan air mata... bina semangat baru, kejarlah cita-cita.

cukup.. kita fokuskan dengan dengan sambungan di episod 5, morning star plan, bila merasakan tiba masa untuk keluar dari keadaan. kerja dicari dan aku... bersedia untuk menyambung pengajian. panggilan ketika aku mandi pagi benar-benar membuatkan aku mengusap lega. tercapai juga cita-cita aku nak sambung belajar walaupun hanya di peringkat sijil!.panggilan dari pihak kolej komuniti benar-benar membuatkan aku rasa teruja untuk menyambung pelajaran aku yang dah berbelas tahun tertangguh!.

mungkin ada yang tertanya-tanya, masih bolehkah seseorang yang dah berumur untuk mengambil kursus di kolej komuniti?

jawapannya... BOLEH, kelayakan, berusia 18tahun ke atas, lulus spm dengan 1 kredit dan nyawa masih dikandung badan. had umur, TIADA. Boleh berhubung dengan Pejabat kolej komuniti terdekat dan dapatkan maklumat lanjut.

Berbelas tahun... ya, berbelas tahun bergelumang dengan arus kehidupan, berbagai informasi dicari, akhirnya kolej ini juga menjadi pilihan. minat yang mendalam dalam bidang pelancongan dan rekreasi juga yuran yang murah (RM200 satu semester) banyak mendorong aku membuat keputusan untuk menyambung pengajian dalam bidang ini. dengan silibus yang merangkumi 70 peratus penilaian berdasarkan praktikal dan 30 peratus berdasarkan teori. Sudah tentu rangkuman silibus ini amat menarik minat terutama bg mereka yang tidak menggemari ujian teori! dan jangkamasa pengajian lebih kurang 16 bulan termasuk latihan industri.

akan tetapi, pengajian sepenuh masa ini menuntut "pengorbanan" kerana kelas mengikut "waktu pejabat" bermakna penuntut perlu berada di kelas selama sehari suntuk! pandai-pandailah nak hidup, mana nak belajar, mana nak bekerja. Alhamdulillah, aku berjaya mengharungi ujian ini.

apa seronoknya bidang pelancongan?

sudah tentu, sebut sahaja bidang pelancongan dan rekreasi, ramai yang menggemarinya.. mempelajarinya, sudah tentu memberikan diri anda ilmu bukan sahaja untuk persediaan anda menjalani aktiviti melancong dan berekreasi tetapi ianya membuka minda anda yang kadangkala tertanya-tanya, "apakah potensi pelancongan?".

secara peribadi, pelancongan memang mendapat permintaan. adakalanya perkara yang tidak masuk akal juga boleh "dijual". mungkin anda tidak pernah terduga, jika anda memiliki 5 batang pokok getah, sebenarnya anda boleh menjana pendapatan yang boleh mencapai ribuan ringgit. ketika belajar inilah aku nampak semua tu. kebun sekangkang kera juga boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan. asalkan tahu bagaimana mahu menarik pengunjung...

begitu juga sebuah rumah kayu yang usang, tetap berpotensi asalkan anda tahu merencana aktiviti!

pelbagai subjek yang berkaitan dengan pelancongan dapat dipelajari. episod akan datang akan diceritakan tentang pengalaman aku belajar di kolej serba ringkas ini. aktiviti-aktiviti menarik serta bermacam-macam ilmu yang dapat di timba... bukan itu sahaja, pengajian di kolej ini juga boleh menjadi "batu loncatan" kepada mereka yang telah lama meninggalkan dunia pengajian untuk ke pengajian yang lebih tinggi diperingkat diploma dan ijazah.....

bersambung ke episod akan datang....


Tiada ulasan: